"Tolong Senang ke Susah?" aju seorang teman sepejabat kepada aku di suatu hari.
"senang!" laju saja mulutku menjawab.
kemudian kami saling memandang sambil tersenyum penuh makna!
'tolong' satu perkatan yang hanya terdiri dari 5 huruf dengan sekali sebutan.
mudah bukan?
tapi 'tolong' juga adalah satu perkataan yang amat sukar kita ungkap! lebih-lebih lagi apabila berkisar soal 'meminta pertolongan'.
alahai ... kesian sahabat atau lebih mesra aku gelar jiran sebelah meja.
tiap kali air di ruang pejabat kekeringan, dialah yang sering menjadi mangsa. lebih mudah jika digelar 'Tukang Angkat Air' atau 'Penyelamat'. terpulang kepada apa yang kita definasikan.
aku faham perasaannya, siapa tidak terasa jika diri diperlaku seperti kuli. pertolongan yang diminta tidak ubah seperti arahan oleh seorang bos kepada kuli!
apa salahnya kita menyelitkan perkataan 'tolong' semasa memohon pertolongan dari manusia lain.
ingatlah;
orang berbudi,
kita berbahasa,
orang memberi,
kita merasa!
Antara: Fantasi,Realiti,Dongeng dan Imaginasi
sukar diluah dengan kata-kata, mudah dengan tulisan saja.
Wednesday, February 15, 2012
Sebungkus nasi campur
aku baru kembali dari Speedmart bersebelahan dengan office untuk membeli bubur segera bagi pengalas perut di tengah hari. semasa aku ingin menyeberang jalan, secara automatik kepalaku memandang kepada satu teksi yang berhenti di pinggir jalan. enjinnya masih hidup. aku mengagak mesti ada penghuni di dalamnya. tekaanku tetap sekali.
seorang lelaki dalam lingkungan umur 50 an sedang makan sambil memegang sebungkus nasi. badannya dicondongkan sedikit ke bahagian kerusi penumpang di sebelah. barulah aku perasan rupa2nya ada seorang wanita sebaya yang berada disebelahnya sambil megendong seorang bayi.
tersentuh hatiku. mereka berkongsi nasi rupanya. lantas aku membuat kesimpulan mudah, 'mungkin pakcik ini tak mampu'. oleh sebab itu dia makan di dalam kereta sahaja sedangkan kedai makan hanya beberapa tapak di hadapan. atau dia sengaja tidak makan di kedai. apapun alasan pak cik itu, aku doakan agar hari ini akan ramai pelanggan yang menaiki teksinya. Amin...
aku pun pernah mengalami kejadian sama dengan mereka. berkongsi sebungkus nasi lemak dan segelas air milo di R&R dengan 'dia'. itu saja yang kami termampu waktu itu. ia suatu pengalaman manis yang aku akan ingat hingga akhir hayat! Satu perasaan yang hanya Allah saja yang mengetahuinya. (disaat aku menulis ayat terakhir ini, bagaikan ada seketul tulang yang tersekat di kerongkong menyekat laluan pernafasan dan mata bergenang!)- manisnya detik itu hanya kami yang dapat merasainya

'Mak cik Yang Baik Hati'
"Sedekah yang benar2 ikhlas adalah bersedekah kepada haiwan"
sewaktu aku melalui satu selekoh berhampiran dengan rumah untuk ke tempat kerja,Aku terpukau degan satu fenomena yang sudah beberapa kali aku lihat. namun mata tetap igin memandang. dan saat itu terlintas di fikiran ayat di atas.
ayat tersebut aku petik dari sebuah buku yang pernah aku khatam suatu ketika dahulu. tapi sudah aku lupa apa judulnya.
di satu kawasan pakir kereta, seorang makcik sedang berdiri sambil bibirnya terukir senyuman kepuasan. dari wajahnya juga aku boleh lihat riak keikhlasan. kucing-kucing yang tidak bertuan datang mengerumuniya sambil menikmati 'breakfast' yang di sediakan oleh makcik yang baik hati itu.
hatiku tersentuh. hampir setiap hari makcik itu meletakkan makanan untuk 'anak angkatnya'. dalam hati berkata, 'sanggup makcik ini membelanjakan duitnya semata-mata untuk membeli makanan kucing'. sedangkan aku hanya mampu memerhati dari jauh. hendak dekat? pantang sekali. Aku takut pada kucing. Sejenis makhluk comel yang Allah jadikan. Bukan aku geli atau jijik. tapi ada satu daya yang memaku kaki dari hampir ke situ.
aku meneruskan perjalanan ke pejabat. dalam hati berdoa 'Semoga Allah memberkati perbuatan mak cik itu'. Amin...

Tuesday, February 14, 2012
Kisah Hati; tersepit antara MIMPI dan GERAK HATI!
cepat benar hati ini terusik. sepatutnya, ucapan syukur harus aku lafazkan. namun hati terasa amat berat... Ya! sememangnya aku adalah orang yang zalim lagi jahil. 'ia' satu perkhabaran gembira. namun hati ini sedikit kecewa. entah mengapa ada lintasan begitu. ia terbit saat aku membaca 'post' seorang saudara. kami (aku dan dia) memiliki persamaan tapi berlainan keadaan. dia mampu menghebahkan 'berita' tersebut. namun, tidak mudah bagi aku. mungkin juga 'kekecewaan' ini terdetik kerana aku terlalu memikirkan kesudahan yang aku bayangkan hambar.
Otak ini sering memikiri, adakah BENAR semua alamat yang hadir dalam mimpi atau BENARkah segala gerak hati? kedua-duanya amat berlainan sekali, dek kerana itu aku sering mengubahnya mengikut kehendak diri. Kerana aku ingin kesudahannya 'HAPPY ENDING' nanti!

Monday, February 13, 2012
Tingginya Martabat Seorang Suami di Mata Emak!
"adik dah makan?" aju emak kepada aku.
"dia tak mau makan" jawabku selambar kepada soalan klise emak.
emak terus berlalu dan menerpa kepada adik yang sedang asyik menonton TV.
"kenapa x makan lagi? Nak makan x? Kalau nak mak ambilkan."
"Nak!" ringkas jawapan adik.
mak kembali ke dapur sambil mulutnya terkumat-kamit meleteri aku. aku terpinga-pinga dan hanya menahan telinga mendengar leteran emak. di dalam hati berkata 'Jaga kau adik, tadi aku tanya, kata x nak makan. ni dan2 masa mak tanya ko kata nak makan pula'. GERAM! geram sungguh aku pada satu2nya adik lelaki aku dan juga yang paling bongsu antara kami. aku merasakan bahawa aku cukup 'terkena' hari itu.
moral of the story?
aku bukan hendak mencanang kisah atau kelakuan buruk adikku. Cuma sekadar ingin berkongsi kisah bagaimana seorang ibu mengajar kami (adik beradik) mengangkat tinggi martabat dan darjat seorang lelaki biarpun berpangkat adik.
pada mulanya aku kurang mengerti. malah sering aku 'protes' setelah emak memarahi aku kerana x 'melayani' adik atau ayah di meja makan.
bila usia berganjak sejajar dengan peredaran masa, barulah aku dapat memahami 100 peratus apa yang emak cuba sampaikan.
biarpun ia nampak remeh, namun begitulah emak. dia tidak akan sekali-kali membiarkan ayah menyenduk nasi sendiri atau mengangkat sendiri pinggan atau bekas makanannya tiap kali selesai makan.jika dia tidak mengangkatnya, dia akan mengarahkan aku atau salah seorang dari kakak atau adik perempuanku untuk melakukanya.
bagi emak, suami adalah umpama raja apabila di meja makan. layanan yang diberikan haruslah first class.
dan ... ternyata, kini ajaran emak melekat dalam ingatanku. aku mempratikkannya hingga kini. tidak kisah siapa dia, suami, bapa atau mana-mana saudara lelaki, aku dengan rela hati melayani dan mengangkat bekas makanan mereka dan sekaligus membasuhnya.
terima kasih ibuku... insya-Allah ajaranmu akan aku turunkan kepada zuriat keturunanku kelak.

Tuesday, December 27, 2011
Sungguh aku rindu dia… dan banyak lagi yang aku rindu. Tapi dia yang paling kuat getar rindunya. Aku mula menghitung detik untuk bersua. Namun satu kerja yang sia-sia sahaja! Mana mungkin boleh berjumpa.
Tahun pula semakin menghujung. Tinggal beberapa hari lagi tahun baru akan muncul. Tapi, masih tiada bayang boleh ketemu atau tidak. Setakat berdoa tanpa usaha memang satu pekerjaan yang sia-sia!
Ya! Aku tidak nafikan. Aku hanya berharap keajaiban terjadi. Semoga orang di sana mendengar jeritan batinku yang meronta-ronta.
‘Aku ingin dia!’ ‘Tidak mahu susahkan orang’. Itu aku! Tapi aku tetap ingin dia …
“Oh, Dabai! Aku mahu kamu…” Tekak aku rindu akan rasa lemak mu! Mengapa engkau tiada di tanah semenanjung itu. ataupun kehadiranmu tiada siapa menyedari!
Aku rindu kamu! Mampukah aku me‘rasa’mu sebelum kau pergi bersama tahun baru.

Thursday, December 22, 2011
TERIMA KASIH GISB
tiada kata untu diperkata...
terima kasih kepada Galeri Ilmu Sdn Bhd di atas majlis perpisahan sebentar tadi. sungguh tidak disangka acara yang pada mulanya aku ingat sekadar taklimat biasa seperti kebiasaan hari khamis (mendengar ceramah dari ustaz)tapi kali ini ia disampaikan sendiri oleh pengarah urusan GISB, Tun Hj. Abu Hassan Morad. majlis yang meraikan aku, adib dan En.azizan sempena minggu2 terakhir kami di sini. apa yang menambahkan lagi ketidasangkaan aku adalah apabila nama dipanggil bagi mengambil cerderahati dari warga Galeri. dan yang paling BEST adalah hadiah frem (disampaikan sendiri oleh pengarah penerbitan, En. Wan Azmin) yang pasti aku abadikan sebagai kenangan terindah di sini. di photo itu menempatkan potretku bersama semua kakitangan GISB.
sesungguhnya aku amat bersyukur kehadrat ilahi kerana memberikan aku peluang berada di sini.. sesungguhnya ketentuan-Nya adalah yang terbaik buat kita. Insyallah...

Subscribe to:
Posts (Atom)